Kos-Kos Yang Terlibat Dalam Proses Pembelian Rumah
1. Down payment 10%.
Ini kerana kebiasaannya bank hanya memberi pinjaman sebanyak 90% kecuali untuk Skim Rumah Pertamaku & Government Loan.
2. Kos Perjanjian Jual Beli & Duti Setem
Sebanyak 3% daripada harga rumah. Namun, terdapat pakej yang telah disediakan oleh pemaju terutamanya untuk rumah undercon iaitu Free Legal Fees for SPA (Sales & Purchase Agreement).
3. Kos Perjanjian Pinjaman & Duti Setem
Lebih kurang dalam 2% daripada jumlah pinjaman yang diperolehi. Terdapat juga pakej dari beberapa bank yang menyediakan Free Legal Fees for Loan Agreement atau kos ini boleh diserap masuk sekali dalam pinjaman rumah kita.
4. Valuation Fees
Caj ini perlu ditanggung oleh pihak pembeli terutamanya untuk pembeli rumah subsale (second hand).
Sebaik-baiknya, kita memerlukan dana sebanyak 20% daripada harga rumah sebagai persiapan untuk memiliki rumah pertama kita dan bermulalah bertindak dari sekarang untuk mengumpul dana tersebut demi mengejar cita-cita kita.
Dana KWSP juga boleh membantu kita mengeluarkan sebahagian atau kesemua dana terkumpul di dalam Akaun 2 untuk bayaran muka sebanyak 10% (Bergantung kepada jumlah pinjaman yang diluluskan).

No comments:
Post a Comment