Sunday, 20 November 2016

Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke? Tips Beli Modal Minima

Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke? Ada yang jawab boleh dan ada yang jawab tak boleh.
Jawapannya, memang tak boleh. Tetapi, ada caranya bagaimana kita boleh kurangkan modal yang perlu dikeluarkan untuk membeli rumah.

Memiliki rumah adalah impian setiap orang termasuk kita sendiri terutamanya bagi yang sudah bekeluarga. Rumah atau tempat tinggal adalah keperluan samada memiliki rumah sendiri atau menyewa.

Berbalik kepada tajuk di atas tadi, bagaimanakah kita mahu meminimakan modal yang perlu dikeluarkan untuk memiliki rumah pertama. Bak kata pepatah, "Malu bertanya Sesat Jalan". Jadi, jika nak tanya perihal hartanah, tanyalah taiko/sifu/otai/profesor yang sememangnya bergelumang dalam bidang hartanah.

12 temubual dari selebriti hartanah (Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke) adalah satu platform yang bagus kepada anak-anak muda untuk menggapai impian memiliki rumah pertama. Apa yang anda akan perolehi daripada temubual ini?
  • 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak Tahu
  • Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment?
  • 3 cara berkesan yang anda boleh gunakan untuk buat pelaburan hartanah secara zero-downpayment
  • Faktor penting menentukan lokasi terbaik untuk beli rumah pertama anda
  • Bagaimana nak runding harga dengan pemilik rumah untuk dapat lebih banyak diskaun?
  • Bagaimana nak dapatkan diskaun dari pihak pemaju?
  • Kisah bagaimana 12 pelabur hartanah beli 100 biji rumah dengan modal yang minima.
Mudah-,mudahan ia juga dapat membantu anda. Boleh download Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke? sekarang. Semoga kita berjaya dunia akhirat. Amin.




Friday, 18 November 2016

Kad Kredit (CC) Tool Terbaik untuk Fresh Graduate

Kad Kredit juga di kenali sebagai “Plastic Money” tapi dalam bentuk hutang atau kredit. Kita perlu memohon kepada sesebuah bank pengeluar untuk memiliki Kad Kredit. Kelulusan bank adalah bergantung kepada pendapatan kita sebulan, laibiliti kita dan sudah tentu kemampuan kita membayar balik. Memandangkan Kad Kredit adalah Kad Hutang maka setiap kad diberi Had Limit tertentu atau Had Penggunaan.
Selalu kedengaran di corong-corong atap rumah atau pejabat CC adalah penyebab kemusnahan hidup ayah, abang, adik dan kawan-kawan kita.
Ini hanyalah bad side CC jika kita terlalu ghairah menggunakannya tanpa memikirkan implikasinya pada masa hadapan. Sebagai contoh, Ijaz baharu sahaja menamatkan Ijazahnya dengan CGPA 3.99 dan terus ditawarkan kerja sebagai Engineer di Petron You. Pada bulan kedua Ijaz didatangi seorang Marketing Exec Bank A yang menawarkan borang permohonan CC. Ijaz yang pada awalnya agak ragu-ragu untuk memohon CC.
Setelah seketika berfikir dia tandatangan borang permohonan dengan membawa salinan IC dan salinan KWSP serta mendapat Complimentary Gift, Globe Trotter. Hanya beberapa hari, permohonan Ijaz diluluskan.
Sebulan kemudian, Ijaz telah membeli Iphone7 (RM5,799) dengan CC dan memperuntukkan RM300 setiap bulan untuk membayar CC. Profit yang dikenakan adalah 15% setahun. Ijaz akan menggunakan 2 tahun untuk menyelesaikan hutang tersebut. Pada bulan ke-6 selepas membeli Iphone7, Ijaz pergi melancong ke Korea. Semua perbelanjaan tiket dan kelengkapan musim sejuk dibeli dengan hanya swipe & pay. Hutang Ijaz telah bertambah sebanyak 6000.
Ijaz perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM550 setiap bulan untuk menghabiskan hutang baru ini dalam masa 2 tahun. Ini adalah habit yang salah dalam menggunakan CC. Sebaik-baiknya habiskan hutang kita yang pertama.
Jika anda seperti Ijaz, berimpian untuk dapatkan Iphone7, anda bolehlah dapatkan Iphone7 dengan 0% Instalment Plan selama setahun yang hanya mengenakan caj sekali dalam lingkungan 4%. Dalam masa setahun hutang anda telah habis apabila anda memperuntukkan RM500 sebulan. Anda boleh teruskan impian anda ke Pulau Jeju.