Friday, 3 June 2016

11 Tips Pengurusan Kewangan - DIY360

Bagaimana perjalanan menuju financial freedom(pengurusan kewangan) versi DIY360?
Ini adalah penerangan serba ringkas perjalanan mengurus kewangan versi DIY360

#1. Analisa Kewangan

Sebelum pergi ke suatu tempat, kita perlu tahu di mana kita berada dahulu, supaya mudah memilih jalan yang sesuai untuk ke destinasi seterusnya. Jadi, perkara pertama dalam DIY360 adalah, analisa kewangan pada waktu semasa, kita perlu tahu, apa sebenarnya status kewangan kita sekarang, overspend ke, banyak cashflow, atau mungkin kita dalam keadaan BANKCRUPT! Dalam tidak kita sedari.

#2. Matlamat Kewangan

Setelah mengetahui status kewangan semasa, baru kita akan tentukan apa matlamat kewangan kita, kita 'decide' ke mana kita nak pergi. Sudah tentu, dalam pengurusan kewangan, matlamat akhirnya adalah Financial Freedom, betul, tapi jumlah untuk mencapai financial freedom setiap orang berlainan, akhir sekali, matlamatnya adalah passive income melebihi atau sama dengan jumlah perbelanjaan kita.

#3. Pengurusan Hutang

Dalam perjalanan menuju matlamat, kita akan menempuhi pelbagai rintangan, antaranya adalah, Hutang. Jika tidak mengurus hutang dengan baik, semua benda nak berhutang, ia akan jadi penghalang terbesar dalam jalan menuju matlamat kewangan kita. Anda nak kerja sampai tua hanya untuk membayar hutang?

#4. Belanjawan

Bukan negara sahaja perlu buat Belanjawan Negara, tapi kita juga perlu membuat belanjawan peribadi. Baru kita tidak berbelanja melebihi kemampuan. Bila melihat belanjawan negara yang defisit, bising bukan main, tapi belanjawan sendiri pun mungkin sama DEFISIT!

#5. Perlindungan

Always plan for the worst. Tak perlu dinyatakan lagi, Perlindungan @ Takaful adalah satu keperluan bukan pilihan. Persoalannya berapa jumlah perlindungan yang perlu kita ambil? Bagaimana anak dan isteri kita? Perlukah perlindungan yang link dengan pelaburan?

#6. Tabung Kecemasan

Antara masalah besar adalah apabila tiadanya Tabung Kecemasan. Berapa jumlah tabung kecemasan yang perlu disediakan? Kenapa perlu Tabung Kecemasan?

#7. Portfolio Pelaburan

Mahu atau tidak, dalam menuju perjalanan financial freedom, kita perlu bijak merebut peluang pelaburan. Tapi bagaimana cara untuk mengurus risiko pelaburan? Berapakah nilai tolenransi risiko kita? Setiap orang berbeza nilai tolenransi risikonya.

#8. Persaraan

Jika anda bijak kewangan, anda mungkin boleh bersara awal dan terus menikmati kehidupan seperti biasa walaupun anda tidak bekerja. Berapa jumlah wang persaraan yang anda perlukan? Jika anda tahu berapa nilainya, dan anda boleh sediakannya sebelum umur persaraan, anda pasti boleh bersara awal!

#9. Zakat & Cukai

Asyik kumpul duit je, jangan dilupakan akan kewajipan kepada agama dan negara. Zakat kewajipan kita pada agama, Cukai pula kewajipan kita pada negara. Jangan cuba-cuba mengelak cukai. Kalau tertangkap buruk padahnya.

#10. Pendidikan Anak

Anak adalah amanah yang dikurniakan Allah. Jangan hanya seronok melihat kecomelan anak tanpa memikirkan keperluan pendidikan anak-anak, jika anda rancang dengan betul, anak anda mungkin sudah ada Biasiswa Pendidikan tanpa perlukan permohonan!

#11. Pusaka

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, pastikan anda telah mengurus pusaka dengan baik ketika sihat kerana kematian boleh datang pada bila-bila masa, mudahkan urusan waris anda. Jika tidak ia mungkin mengambil masa yang sangat lama untuk diuruskan selepas kematian.
Bagaimana? Anda sudah ada pengurusan kewangan selengkap ini?