Thursday, 20 October 2016

DSR (DEBT SERVICE RATIO)

1. DSR (Debt Service Ratio)


Apa itu DSR?

“DSR MERUPAKAN JUMLAH KOMITMEN HUTANG KITA SETIAP BULAN (KERETA/RUMAH/PERSONAL LOAN/KREDIT KAD & SEUMPAMANYA) DIBANDINGKAN DENGAN PENDAPATAN BERSIH KITA (SELEPAS TOLAK EPF/SOCSO/ZAKAT/CUKAI).
-Tok Penghulu Gilahartanah





Semakin tinggi DSR kita, bermakna sebahagian besar pendapatan kita digunakan adalah untuk membayar hutang.

Ini adalah faktor utama yang akan dilihat oleh pihak bank untuk menentukan jumlah kelayakan pinjaman kita.

Formula kiraan DSR adalah seperti berikut:
DSR = (Jumlah Hutang / Gaji Bulanan Bersih) X 100

Setiap bank telah menetapkan had DSR tersendiri seperti 60% & 70%. Untuk memudahkan kelayakan pinjaman rumah, sentiasa kekalkan DSR anda kurang daripada 50%.

Tetapi, walaupun DSR anda sudah melebihi had yang bank tetapkan peluang untuk pinjaman anda diluluskan masih ada.
Secara logiknya,

“ADAKAH BANK AKAN LULUSKAN PINJAMAN KITA JIKA BAYARAN BULANAN PINJAMAN RUMAH & JUMLAH HUTANG BULANAN KERETA RM5,000 SEBULAN, UNTUK PEMOHON YANG MEMPUNYAI PENDAPATAN BERSIH SEBANYAK RM5,000 SEBULAN?”

No comments:

Post a Comment